Sayang Mama Bapak.

Assalamualaikum
Salam Ramadhan
Salam Syawal.

Lama tidak menulis di blog ne. Banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ini. Ujian yang memerlukan kekuatan dan ketabahan hati. Perkara yang even aku tidak mahu fikir atau terlintas di fikiran tapi berlaku. 

Terima kasih ya Allah, aku masih mampu kuat. Kekuatan yang aku perlu pertahankan untuk Mama. Terpaksa aku kubur semua kesedihan itu untuk terus memberi kekuatan kepada mereka yang memerlukan. Siapa yang tidak sedih bila lihat bapak yang dulu sihat dan ceria kini sakit tidak mampu berkata dan bergerak. Tapi sememangnya kekuatan itu datang dari Allah. La haula Wala Quwwata Illa Billa. Tiada daya dan upaya melainkan daripada Allah. 

Hebatnya Mama,
Jaga Bapak semenjak hari pertama masuk ke hospital sehingga kini.
Ya, suda hampir 4 bulan. 
Mama akan dapat pahala yang istimewa.

Aku rindu mahu bercakap dengan bapa,
Semoga Allah berikan yang terbaik.
Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah.
Kan Allah sudah pesan, mengetahuan kita hanya sedikit.
Sedikit seperti setitis air lautan.

Rindu dan sayang Mama Bapak.
Semoga aku mampu menjadi aset berharga mamabapa dunia akhirat. 



Selamat Hari Raya Mama bapak.
Selamat Hari Lahir Mama. Hari lahir 17 Julai bersamaan 1 Syawal tahun ini.
Tahun ini aku beraya di perantaun melaksanakan apa yang sudah tertangguh.
Im not going to make you dissapointed, bapak.

Sayangilah mereka sepertimana hebatnya sayang dan kasih mereka kepada kami ya Allah.
Peliharalah mereka sepertimana kesungguhan mereka memelihara kami ya Allah.

0 comments:

 

Followers