BOOK REVIEW: 5# Moga Bonda Di Sayang Allah by Tere Liye


Tere Liye, Penulis indonesia yang aku kagumi. 




"Ya Tuhan, sepatutnya dia seriang kanak-kanak lain, sesenang kanak-kanak lain. Tapi yang ada baginya sekarang hanya gelap. Hitam. Lengang.. Baik, Baiklah! Aku mengerti.. Tentu ini tetap adil baginya. Malah amat adil, walaupun aku tidak tahu di mana letak keadilanya.. "


Sungguh selepas membaca novel ini, terlalu banyak yang aku dapat.
Perkara besar yang aku pelajari.
Sungguh apa yang menimpa aku itu baik atau tidak adalah cuma "Expectation". 
Dan Tuhan tetap berlaku adil pada kita dalam keadaan apa sekalipun. 

Expectation:  Aku ingin hidup cukup bahagia, ada ibubapa bersama selamanya. 
Kebenaran: Bapak pergi tinggalkan aku semasa aku masih perlu bergantung kepadanya. 

Expectation tidak tercapai dan yang berlaku adalah sebaliknya.

Hanya kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. Adakah nasib yang menimpa aku ini adalah buruk "bad luck"? 

Kalau aku percaya dan meletakkan seluruh hidup aku di tangan Sang-Pencipta. Pasti aku tetap bahagia.

Kerana sungguh aku tidak layak meletakkan "Expectation" aku. Kerana "Expectation" aku tidak semestinya baik dan terbaik. 

Kerana Tuhan itu adil. Dan hanya Dia yang mengetahui apa yang baik dan tidak baik untuk kita. 


"Ya Tuhan Maha Adil. Kerana kita terlalu bebal maka kitalah yang tidak tahu di mana letak keadilan-Nya, Tidak tahu apa maksudnya... "


Bapak, di syurga kira bertemu. 
Rindu. 


0 comments:

 

Followers